The girl.

Friday, November 6, 2015

First chapter #311

Assalamualaikum. Bismillah

Ditakdirkan saya untuk berpraktikal di dalam group posting Internal Medicine selama 6 minggu bermula sejak 3 minggu lepas. Alhamdulillah. Banyak sangat pengalaman yang dapat dipelajari sepanjang masa yang singkat tu. Sejujurnya ilmu tuan diri ini masih terlampau sedikit. Sebab tu kami diberi peluang belajar selama 3 tahun di hospital mostly untuk dapatkan ilmu. Bak kata salah seorang Prof saya, "hospital is like a library, patients are your books". Setelah belajar selama 2 tahun di zaman preclinical year, kami diberi tanggungjawab untuk belajar di hospital.




Hospital merupakan suatu tempat yang sibuk dengan dan sentiasa penuh dengan pelbagai jenis manusia. Namun, orang tua dan kanak-kanak jarang diberi masuk kerana bimbang mendapat jangkitan oleh kerana tahap kadar immuniti mereka yang rendah berbanding dengan orang-orang muda dan dewasa. Walaupun begitu, aku rasa bahagia tiap kali dapat sama-sama berada bersama pelbagai jenis manusia di wad-wad.

Suatu hari aku jumpa pakcik dalam umur 60-an, dengan keadaan badan yang kurus dan kelihatan tidak bernutrisi. Lantas aku bertanyakan soalan:

"Assalamualaikum Pakcik, harini rasa macam mana? Sihat sikit ke?"

"Macam ni jelah. (sambil tarik nafas dengan bersusah payah)"

"Pakcik sakit kat mana? Tunjuk sikit pakcik"


Sambil pakcik tu tunjuk kat dada dia, susah bernafas katanya..


"Pakcik duduk dengan sape kat rumah? Siapa jaga?"


"Duk sorang jerrr.."


Aku pun terdiam. Banyak sangat persoalan muncul time ni dalam benak fikiran. Siapa yang jaga dia? Siapa yang akan ingatkan dia untuk makan ubat semua? Siapa yang.... Arghhhh. Aku pun cuba mula hitung dengan baik-baik nak menanya soalan yang seterusnya. Then nurse pun datang bagi ubat-ubat pil pakcik tersebut...


"Pakcik, makan la ubat tu. Jangan lupa ambik ubat ye.. Saya dah nak pergi ni"

"Yelah.. Eh nak pergi dah ke?"


"Haah pakcik. Pakcik berehat la. Tu, ubat kena makan, kalau tak, susah pakcik nanti.. Sakit tu akan melarat"


Pakcik tu pun sambung menahan sakit dia. Berkerut-kerut dahi dia.. Lepas beberapa saat, then dia pun macam dah lega. Fuh barulah aku pegi tanpa toleh kat pakcik tu. Try rasa taknak attached dengan patient.


Itu cerita hari-hari terawal di wad. Ketika tu aku pergi ke wad perubatan jantung lelaki, di mana rata-rata pesakit yang ditempatkan kesemuanya mengalami masalah dengan jantung, injap jantung bocor, heart attack, saluran darah jantung tersumbat, jantung besar dan pelbagai penyakit lagi. Macam-macam penyebab jugak yang menyebabkan penyakit tersebut antaranya ialah pengambilan makanan berlebihan, kolesterol tinggi, jangkitan kuman, tekanan darah yang tinggi, kencing manis & tidak bersukan. Namun terdapat jugak disebabkan oleh genetik.

Di wad perempuan, juga terdapat pelbagai jenis sakit yang datang hampir setiap hari. Aku pernah ditanyakan soalan oleh seorang makcik berumur 49 tahun ni:

"Tak susah ke nak jadi doktor?"

"Susah makcik.. Sebab tu saya tengah belajar dari makcik ni. Macam-macam benda saya nak tanya ni makcik tau.."


"Hah, tanyelah" 


"Makcik ada kencing manis tak?"


"Ada. Dari 5 tahun lepas."


"Ooo. Mata belah kanan tu tak nampak sejak bila?"


"5 tahun doh.."


...





Yang terbaru ialah seorang pemuda yang sebaya dengan aku. Pada waktu mula-mula aku approach dia, dia macam okay dan respon sepatah-sepatah. Tapi bila dah lama-lama bersembang, hampir 2 jam baru lah habis clerking dia hinggakan tak sanggup nak beredar dari situ.


"Sekarang tinggal mana? Dulu belajar mana? Best tak? :)"

Blablabla~


"Sejak sakit ni, ada ke keluar rumah untuk jalan-jalan ke?

"Kite yang duduk saje rumah, orang yang mari datang lawat kite"


"Ooo. Waktu datang hospital semalam, rasa sakit tu dekat mana?"


"Sini (tunjuk dekat bahagian badan sebelah kanan.)"


...

Sampai sekarang aku teringat-ingat dan terngiang-ngiang segala perbualan yang aku rasakan berguna untuk aku jadikan semangat terus berjuang di tempat mana aku berpijak sekarang.  Kerana aku mudah rasa down, aku akan fikir semula reasons kenapa aku perlu berputus asa? :^) In 4 weeks more, I have to take exam for the first time in clincal posting. Doakan diri ini --hajar hadi-- berjaya dunia akhirat ye.






Lots of <33 hajarkuwby.

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)